Sejak minyak melambung naik dan amat memberi kesan pada keluarga aku.Tapi bukan masalah minyak naik sahaja menjadi masalahnya, nak beli minyak pun susah.
Baru-baru ni aku cube nak tengok keprihatinan PM kita yang menyediakan website “warkah untuk PM” walaupun aku tak pasti beliau mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di kampung aku.
Dalam warkah untuk PM tuh aku tulis aduan ”kenapa tidak membenarkan petani membeli minyak lebih dari RM 20.00 dalam tong untuk tujuan pertanian”. Padahal di kampung Merapoh tiada stesyen minyak yang berdekatan, dan setiap kali para petani ingin membeli minyak perlu ke Gua Musang dan terpaksa menghabiskan wang untuk kilometer ke Gua musang yang perjalananya mengambil masa 40 minit semata-mata untuk membeli minyak untuk mengerakkan jentera pertanian, tetapi stesyen minyak tersebut hanya membenarkan RM 20.00 kebawah sahaja…..dengan RM 20.00 minyak adakah cukup untuk seminggu?
Jawapanya tentulah tidak.Pada mulanya aku fikir pihak kerajaan ingin menyelesaikan masalah selepas salah seorang kakitangan menghubungi untuk mengambil tindakan lanjut.malah memberi jaminan untuk menyelesaikan secepat mungkin.
Setelah beberapa minggu, aku dapat surat yang menyatakan minyak merupakan barang kawalan berjadual,takkan lah para petani tidak dibenarkan nak beli minyak untuk perkara yang mendatangkan kebaikan dan sumber makanan kepada negara.
Malah setelah beberapa pertanyaan dan soalan yang tak terjawab akhirnya aku mengambil keputusan “malas nak layan” .Kesimpulanya adakah warkah untuk PM betul-betul di baca oleh PM kita atau hanya pekerja bawahanya sahaja……
wah..wah… dah pandai adik along ni
mana ada pandainyer….